Sejak kecil, aku sering menyiksa mental aku. Menahan diri daripada fall in love; aku pupuk diri sebegitu ntah sejak dari bila. Aku sendiri pun tak perasan. Tapi ternyata memang sakit, pedih. Jikalau aku jatuh cinta pada usia yang tidak sepatutnya, aku mungkin hanya akan menyiksa diri. Itu apa yang aku nampak. Aku bercakap tentang jatuh cinta terhadap kaum bukan sejenis, bukan cinta yang suka-suka ataupun crush yang random. Aku pernah crush kat orang, banyak kali. Serius banyak. Alhamdulillah aku boleh handle those feelings.
Pada aku, jatuh cinta merupakan perkara serius yang amat. Seriusnya sama seperti Michael Schumacher sedang berlumba, Tiger Wood sedang bermain golf, lelaki bermain DotA, engkau mencari tandas sebab sakit perut dan sama seriusnya seperti peminat bola Malaysia menonton perlawanan live, Malaysia vs Indonesia; walaupun menang penalti. Itu semua memang serius.
Kalau aku mempunyai pasangan yang tiada ikatan, saling menyukai dan mencintai, aku takut juga sebenarnya. Ikutkan hati memang mahu. Aku takut tak dapat kawal nafsu; nafsu ni ada banyak jenis. Ini, memang pernah terjadi. Nafsu memang bahaya. Silap sikit membawa padah. Dalam sejarah pun pernah berlaku di mana lelaki yang amat hebat dijatuhkan oleh kaum hawa.
Aku? Heh, ntah tang mana hebatnya. Iman pun tak kukuh, solat lengah-lengah. Lagilahh senang je nak dijatuhkan.
Disebabkan beberapa sebab yang aku rasa munasabah, entah sejak bila aku dah bertekad untuk sambung jatuh cinta terhadap isteri aku yang sah, bukan bakal isteri yang belum jadi isteri.
Disebabkan beberapa sebab yang aku rasa munasabah, entah sejak bila aku dah bertekad untuk sambung jatuh cinta terhadap isteri aku yang sah, bukan bakal isteri yang belum jadi isteri.
Therefore, aku sedang berhipokrit menjadi seorang yang feelingless. Maaf, aku rasa itu satu keperluan bagi aku.