Showing posts with label Α and Ω. Show all posts
Showing posts with label Α and Ω. Show all posts

2012/05/28

Mind control


A-Z adalah satu alat berteknologi tinggi. Kecanggihannya mampu memesongkan kepercayaan dan pendirian para-para saintis terhadap ilmu yang dipelajari dan diketahui oleh mereka pada masa ini. Alat ini amat sukar untuk didapati. Hanya mereka yang terpilih mampu mengawal dan memiliki alat ini.

Mereka yang terpilih itu mampu membaca fikiran orang lain dengan A-Z. Aku benar-benar berharap kau masih mempunyai alat ini.

2012/05/15

Kemengandungan 1

Tiba-tiba Ai mengandung. Dia dah mula mengidam benda yang bukan-bukan. Ada sekali tu, dia minta telur platipus. Nasib baik dia bergurau je. Lepas dia tersengih-sengih macam kerang busuk, dia minta satay daging landak. Kebetulan semalamnya atuk Ed baru je jerat landak. Alhamdlillah, memang rezeki orang kata.

Doktor pernah pesan, "Jaga pemakanan. Lagi satu, jangan kena paksa tukar teksi." Part yang paksa-tukar-teksi tu Ed tak berapa nak faham. Nak tanya, tapi macam terkatup pulak mulut. Tak boleh nak tanya. Akhirnya, Ed buat-buat faham je.

Ada sekali tu, Ai pergi window shopping sorang-sorang. Dah dekat sejam lebih baruulah Ai buka phone, text Ed, "Ai dekat mall ni. Cuci-cuci mata. Hihi ;P."

Nasib baiklah Ed ni penyabar orangnya. Bukan setakat penyabar, dia juga seorang yang cool. Dengan cool dia me-reply, "Isshhh suka-suka je pergi sorang. Hati-hati sikit." Haaa kan cool tu.

Tak sampai 1 saat lepas tu, terus dicapai kunci EK B16B Type R kesayangannya itu dan memecut laju ke mall sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku yang terngiang-ngiang dalam kepalanya sejak pagi. 


2011/12/01

aku. cinta.

Sejak kecil, aku sering menyiksa mental aku. Menahan diri daripada fall in love; aku pupuk diri sebegitu ntah sejak dari bila. Aku sendiri pun tak perasan. Tapi ternyata memang sakit, pedih. Jikalau aku jatuh cinta pada usia yang tidak sepatutnya, aku mungkin hanya akan menyiksa diri. Itu apa yang aku nampak. Aku bercakap tentang  jatuh cinta terhadap kaum bukan sejenis, bukan cinta yang suka-suka ataupun crush yang random. Aku pernah crush kat orang, banyak kali. Serius banyak. Alhamdulillah aku boleh handle those feelings.

Pada aku, jatuh cinta merupakan perkara serius yang amat. Seriusnya sama seperti Michael Schumacher sedang berlumba, Tiger Wood sedang bermain golf, lelaki bermain DotA, engkau mencari tandas sebab sakit perut dan sama seriusnya seperti peminat bola Malaysia menonton perlawanan live, Malaysia vs Indonesia; walaupun menang penalti. Itu semua memang serius.

Kalau aku mempunyai pasangan yang tiada ikatan, saling menyukai dan mencintai, aku takut juga sebenarnya. Ikutkan hati memang mahu. Aku takut tak dapat kawal nafsu; nafsu ni ada banyak jenis. Ini, memang pernah terjadi. Nafsu memang bahaya. Silap sikit membawa padah. Dalam sejarah pun pernah berlaku di mana lelaki yang amat hebat dijatuhkan oleh kaum hawa.

Aku? Heh, ntah tang mana hebatnya. Iman pun tak kukuh, solat lengah-lengah. Lagilahh senang je nak dijatuhkan.

Disebabkan beberapa sebab yang aku rasa munasabah, entah sejak bila aku dah bertekad untuk sambung jatuh cinta terhadap isteri aku yang sah, bukan bakal isteri yang belum jadi isteri.

Therefore, aku sedang berhipokrit menjadi seorang yang feelingless. Maaf, aku rasa itu satu keperluan bagi aku.

2011/11/18

Aku

Peluang memang banyak.
"Sekali lagi peluang, please?"
Aku malu dah nak meminta.
Aku segan.

Ye, aku segan.
Kau berusaha, aku pula?
Tiap kali pun, aku yang memanjangkannya.
From bad to worse.
Aku tak minta ini.
Aku tak minta pun kau pergi.

Makin hari makin rasa diri ini lemah.
The pain is killing me,
but I can't let it be.
So how? What should I do?

Kali ini, dengan seluruh perasaan,
dengan ketenangan ungu dan hijau,
aku ingin memohon maaf.

Weezer - I don't want to let You go

2011/10/03

2011/09/24

Α and Ω: Slip and slide

Kadang-kadang perkara bodoh pun boleh menjadi sebab untuk bergaduh. Tak kisahlah antara kawan, teman, sahabat, adik-beradik atau binatang peliharaan. Kadang-kadang hanya sebelah pihak yang macam melebih-lebih kerana mungkin dia rasa benda tu serius, padahal sebelah lagi pihak tahu apa yang dia lakukan.

Aku terasa sikit je dengan certain ayat yang aku baca. Entahlah kenapa sejak-sejak ni aku makin sensitif. Nak kata period, tak jugak. Kena guna sensodyne agaknya. Mungkin kalau perempuan tengah marah, baik jangan tegur. Things will get worse.

Mungkin salah aku juga. Aku salah cara baca. Aku baca dengan nada yang tak betul. Ye lah, aku mana tau nada orang yang bagi mesej tu macam mana. Bukan kat mesej tu ada suara.

Berikan aku sedikit masa. Aku bukan perlukan masa untuk 'berehat' ataupun 'berfikir'. Aku nak tenangkan fikiran.

This is a nightmare, isn't it?

with My Heart by Paramore.

2011/09/16

Α and Ω: twinkle, twinkle

Aku masih tertanya-tanya, kenapa kau yang aku pilih untuk jadi partner-seumur-hidup aku.

Disebabkan keserasian? Itu sebab pertama aku rasa. Dan aku tak rasa kau puas hati dengan jawapan tu.
Sebab lain? Maaf, aku tak dapat fikirkannya.

Well, tak semua perkara yang berlaku kita kena tahu sebabnya kan?

2011/07/01

Reading error

Now I wonder, what should I write on chapter 4. Suggestion anyone?

Macam orang baca je kan. duhhh

Α and Ω: Chapitre 3

Chapitre 1 | Chapitre 2


Kawan baik bukan senang untuk dicari. Bukan macam cari bijih dalam lubang hidung, tapi macam cari pasir dalam tepung. Mau juling mata nak bezakan pasir dengan tepung aku rasa. Silap hari boleh kena sawan babi, mati lemas. Sepatutnya kena ada pepatah 'kerana tepung manusia mati lemas'.


Kalau member buat lepak memang ramai. Masa kita gembira, mereka sentiasa ada dengan kita. Masa susah, ada juga. Cuma kadang-kadang aku nampak diorang ni kecik-besar-kecik-besar je. Cuba kau bilang dengan kesemua jari yang ada, berapa bilangan manusia yang sanggup tolong kau ketika susah?

Masa darjah satu, aku ada kawan rapat. Ad nama dia. Pergi mana-mana mesti berdua. Darjah 2 dia pindah sekolah. Darjah 4 bertemu semula. Manusia berubah. Dia dah tak macam dulu. Lain benar perangainya dengan Ad yang aku kenal masa darjah 1.

Aku bersekolah di banyak tempat. Hampir 5 atau 6 sekolah aku pergi. Memang ramai kawan rapat. Rapat memang rapat, kalau boleh berak pun nak buat secara berjemaah. Itu perumpamaan je. Jangan salah anggap pulak. Tapi itulah, kebanyakannya rapat masa kita tengah senang je. Bukan semua begitu sebenarnya.

Aku memang boleh bergaul dengan semua orang. Mungkin bukan semua tapi rasanya 95% daripada semua tu. Nak menggila, aku pun gila-gila juga. Disebabkan pemikiran aku ni lain sikit agaknya, sebab tu aku lebih suka bersendirian. Indie orang kata. hihi

Sekarang ni dah ada bff susah pulak nak berenggang. Dah macam irama dan lagu. Dah macam lebah dan madu. Dah macam siput dan sedut. Macam belalai dan gajahnya. Err...

Dengan Ai, nak kata tak pernah sakit hati? Tiap hari juga. Cuma takdelah sampai tahap menyakiti bahagian fizikal. Dia je yang selalu buat dekat aku. Perbuatan manja katanya. Disebabkan kesabaran aku agak tinggi, aku bersabar jugalah. Cakap guna kaki kang masing-masing ternganga aku membuat flying kick dengan lompatan setinggi bangunan satu tingkat.

Cuma orang sekeliling tak nampak yang kami ni sakit hati sesama sendiri. Kami gaduh pun kejap je. Tak boleh lama-lama. Nanti jadi tak best. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Tapi kadang-kadang orang disekeliling akan terasa perubahan aura kami yang tiba-tiba tegang. Masing-masing macam faham je.

Gaduh-gaduh pun rapat jugak. Kalau boleh nak ikat tangan biar tak boleh berpisah. hihi

2011/06/27

Α and Ω: Chapitre 2

Chapitre 1


Minggu pertama kat mana-mana tempat aku belajar memang membosankan. Lagi-lagi zaman remaja ni, masa matrikulasi, masa universiti. Siapa nak layan benda-benda macam tu? Kau mungkinlah. Bukan aku. Lagi-lagi kalau fasi bajet best je. Aku cakap guna kaki kang marah. Nasib baik tahap kesabaran aku ni tinggi. Lagi tinggi daripada pembaris panjang berukuran 21cm.

Minggu ke-2, bermulalah sesi pembelajaran. Walaupun masih ramai lecturer yang malas nak mengajar, nak tak nak kena paksa diri juga. Eheh, lecturer ke pelajar yang malas sebenarnya? Hari pertama, ada yang terlebih excited pun ada pun. Ada yang muka monyok je pun. Ada yang ngantuk je pun. Ada yang pakai smart je pun.

Aku ingat lagi subjek TITAS masa semester 1. Masa ni lah aku jumpa kawan aku. Maksud aku, best friend atau apa je yang korang nak namakan.  Nak kata pasal persamaan? Ntahlah. Rapat sebab apa aku pun tak tau. Sebab selalu lepak? Kalau selalu lepak tapi tak selesa tak jadi jugak. Mungkin sebab tu, keselesaan. Aku senang berkawan dengan dia and vice versa.

Padahal sejak sekolah lagi aku ni kalau nak bercakap dengan perempuan pun atas dasar sebab-sebab penting je. Tu pun segan-segan. Dah masuk matrik aku cuba kikis sikit-sikit perasaan malu terhadap kaum bukan sejenis yakni perempuan. Susah kalau aku tak buang, nanti susah nak pinjam assignment, susah nak pinjam nota. Kiranya advantage tu banyak la jugak. 

Oh, mari kita namakan bestfriend aku ni Ai. Tak sampai 3 bulan aku kenal Ai, kami dah rapat. Macam member dari sekolah rendah pulak. Kalau lepak sama-sama tu, memang ada lah yang ingat kami ni couple. Tapi kalau budak-budak kos sama dengan kami diorang tau kami ni memang rapat. Dah macam adik-beradik. Macam adik dengan kakak.

Dia banyak kongsi cerita dengan aku. Aku pernah juga bawa dia balik rumah aku, parents aku pun senang dengan dia, dia pun senang dengan parents aku. 

Dayyum, cakap pasal parents. Rindu pulak. Dah lama tak pulang jenguk mereka. Bukan sengaja lagipun. Huuuuu...

Α and Ω: Chapitre 1

Masuk universiti dengan kos (jurusan) yang aku nak, memang seronok. Aku bersyukur liku-liku kehidupan aku agak mudah. Takde pun sebenarnya dalam planning nak masuk sini. Tau tau je, "Eh, dah besar dah aku" dan "Eh eh, dah masuk unibersiti dah aku." Nasib baik aku tak gayat bila tengok kaki sendiri.

Aku ramai kawan. Aku rasa, kawan-kawan aku senang dengan aku. Aku rasalah, dalam hati siapa tahu kan? Cuma, bila dah masuk U perangai aku macam berubah sikit. Semakin matang dan jiwa agak kacau sikit. Kesan dari matrikulasi agaknya. Mungkin juga akibat daripada penambahan umur yang semakin meningkat. Heh, mana ada orang umur statik je, ye dok? Nampak je aku ni macam kuih bodo-bodo, suka main-main, tak fikir banyak. Tapi dalam otak selalu je fikir. Kadang-kadang tu sampai aku pun tak tau apa yang aku fikirkan.

Lately, lebih suka bersendirian, kadang-kadang emo tak tentu pasal. Period? Mana mungkin. Pangkal rahim pun takde, lagilah pulak rahim. Ye lah, aku banyak betul download game. ada lah 5 hingga 7 game. Kenalah bersendirian dengan laptop ni meluangkan masa bersama game. Emo? Asyik menang je, emo juga main game senang sangat.

Erm, adalah sorang dua, mungkin 4 pernah pernah bagitau, "Ed (bukan nama sebenar), saya suka awak." Walaupun mula-mula malu, tapi cakap juga akhirnya. Tehehe

Ada yang aku suruh (baca: desak/ugut) bagitau since dia berdolak-dalih, bajet aku tak tau yang kau maksudkan tu siapa? muehehe

Tapi itulah, aku lebih suka berkawan. Aku kadang-kadang tak faham kenapa wujud istilah couple? Suka je mesti nak couple. Apa masalahlah kalian ini. Mungkin aku yang tak nak faham maksudnya mengikut pemikiran remaja sekarang. Pada aku, kawan lebih seronok. Takdelah nak jaga hati masing-masing. Nak menge-troll pun tak memikir 3 kali.

Mungkin kawan tino aku akan cakap aku ni suka main DotA (dunia orang takde awek). Yelah, single kan. Betullah tu, memang DotA menghiburkan aku pun. Aku rasa 95% PC gamers memang akan bermain DotA.

Oh, kau tahu sekarang ada map DotA baru? Aku lebih seronok main 'imbalance map'. Ahhh, dah lama tak main DotA.