2012/09/22

Malam itu

Tiba-tiba ada bunyi 'kruk krek kruk krek'. Tidak sedap hati mendengarnya. Aku tutup lagu System of a Down yang ku pasang dari tadi. Ku teliti bunyi itu, semakin kuat dan jelas bunyinya. Aku pasti bunyinya datang dari arah dapur. "Nak pergi ke tak nak nak pergi ke tak nak..." Demi keselamatan rumah, aku pergi juga ke dapur, mana tau ada orang nak pecah rumah. Sebelum sampai dapur, aku terlihat 5 lembaga kuning merah. "Amboi, banyak pulak korang ni. Mana aci korang 5 aku sorang." Aku malas nak cakap banyak, terus pergi dapur, bubuh air panas dalam tupperware. Tak sampai 5 minit lembik terus kesemua lembaga. Meh meh jemput makan maggi.

Original story from Nizam Said.

2012/09/18

Lampu ajaib


Maka keluarlah jin daripada lampu ajaib itu.

Jin: Apa yang kamu mahu?

Gaban: Berapa permintaan yang engkau boleh tunaikan?

Jin: Disebabkan sekarang ni pukul 3 petang, maka hanya 3 permintaan sahaja yang aku akan tunaikan.

Gaban: Ermmm, yang pertama! Aku nak kad kredit infinity nilainya.

Jin: Ke-2?

Gaban: Aku nak seorang isteri yang cun marvelouslicious.

Jin: Dan yang terakhir?

Setelah hampir 27 minit berlalu...

Jin: Cepat sikitlah. AKu lempang kau kang.

Dengan bangganya Gaban merequest.

Gaban: Aku nak 3 lagi permintaan. Muahahahaa!

Jin: *tepuk dahi*