Doktor pernah pesan, "Jaga pemakanan. Lagi satu, jangan kena paksa tukar teksi." Part yang paksa-tukar-teksi tu Ed tak berapa nak faham. Nak tanya, tapi macam terkatup pulak mulut. Tak boleh nak tanya. Akhirnya, Ed buat-buat faham je.
Ada sekali tu, Ai pergi window shopping sorang-sorang. Dah dekat sejam lebih baruulah Ai buka phone, text Ed, "Ai dekat mall ni. Cuci-cuci mata. Hihi ;P."
Nasib baiklah Ed ni penyabar orangnya. Bukan setakat penyabar, dia juga seorang yang cool. Dengan cool dia me-reply, "Isshhh suka-suka je pergi sorang. Hati-hati sikit." Haaa kan cool tu.
Tak sampai 1 saat lepas tu, terus dicapai kunci EK B16B Type R kesayangannya itu dan memecut laju ke mall sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku yang terngiang-ngiang dalam kepalanya sejak pagi.