2012/11/04

Antara kupang dan kerang


apA berasal dari Kuching. Dia ni memang pelik orangnya. Dia ni takdelah sombong. Cuma kalau orang tua-tua kata, 'bodoh sombong'. Maksudnya, kebodohan yang tidak disedari dan...er... Bodoh tapi sombong la dalam bahasa mudahnya.

---

Saladin sedang mengira duit syiling. Tiba-tiba Suparman datang, "Hang guna la sekupang nak beli air tu."

"Sekupang la ni."

apA terpinga-pinga, "Sekupang?"

"Sekupang tu macam...kerang. Haaa..." Suparman menjawab sambil berlalu pergi.

apA mengekori Suparman yang tiada ekor, "Ada meh? Mana? Mana?"

Suparman sambil buat muka #trollface menunjukkan duit syiling 10 sen.

Aku, Saladin dan Suparman berguling-guling atas jalan sambil gelak. Bak kata orang putih rofl.

2012/09/22

Malam itu

Tiba-tiba ada bunyi 'kruk krek kruk krek'. Tidak sedap hati mendengarnya. Aku tutup lagu System of a Down yang ku pasang dari tadi. Ku teliti bunyi itu, semakin kuat dan jelas bunyinya. Aku pasti bunyinya datang dari arah dapur. "Nak pergi ke tak nak nak pergi ke tak nak..." Demi keselamatan rumah, aku pergi juga ke dapur, mana tau ada orang nak pecah rumah. Sebelum sampai dapur, aku terlihat 5 lembaga kuning merah. "Amboi, banyak pulak korang ni. Mana aci korang 5 aku sorang." Aku malas nak cakap banyak, terus pergi dapur, bubuh air panas dalam tupperware. Tak sampai 5 minit lembik terus kesemua lembaga. Meh meh jemput makan maggi.

Original story from Nizam Said.

2012/09/18

Lampu ajaib


Maka keluarlah jin daripada lampu ajaib itu.

Jin: Apa yang kamu mahu?

Gaban: Berapa permintaan yang engkau boleh tunaikan?

Jin: Disebabkan sekarang ni pukul 3 petang, maka hanya 3 permintaan sahaja yang aku akan tunaikan.

Gaban: Ermmm, yang pertama! Aku nak kad kredit infinity nilainya.

Jin: Ke-2?

Gaban: Aku nak seorang isteri yang cun marvelouslicious.

Jin: Dan yang terakhir?

Setelah hampir 27 minit berlalu...

Jin: Cepat sikitlah. AKu lempang kau kang.

Dengan bangganya Gaban merequest.

Gaban: Aku nak 3 lagi permintaan. Muahahahaa!

Jin: *tepuk dahi* 

2012/09/13

Angin


Angin bertiup kencang. Alim ketakutan dengan bunyi angin seperti orang bersiul. Joey pula terpegun dengan keadaan itu. Bukan ketakutan, tapi seronok. Melihat kilat menembak bumi di tengah lautan, angin bertiup kuat.

Tiba-tiba...

Joey: Apa tu Alim?

Alim: *ternganga

Joey: Weyh, mana spek aku? Biar betul? Takkan sampai terbang menatang tu kot?

Alim: *Pandang Joey

Joey: Oh.My.God. I need 5 days MC.

Alim: *tak berkelip

Sampai sekarang takde orang percaya dengan cerita mereka. Mereka yang mendengar pasti akan persoalkan, "Takkan lembu kena tiup angin sampai boleh terbang kot?"

2012/05/31

Lawak

Pada 3 Jamadilakhir tahun lepas,  Semion seperti biasa singgah di warung Pak Leman selepas sembahyang Zohor.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam! Naharomm kau rupanya Semion!" balas Saji.

"Aku ada cerita kelakar ni. Punyalah kelakar sampaikan aku belum cerita aku dah gelak dulu."

"Cerita apa tu?" tanya Moni.

"Ceritanya macam ni. Pak Dul yang duduk kat hujung kampung tuu..."

"Kenapa dengan dia?" tanya Saji pula.

"Hari tu, aku nampak dia naik motor. Lepas tu kann..."

"Lepas tu apa?" sampuk Haji Dolah merangkap sahabat kepada tuan punya warung tempat mereka menenangkan fikiran di situ.

"Lepas tu... kahkahkahkah!" ketawa Semion secara tiba-tiba.

"Lahh gelak pulak. Belum sampai part lawak la dol!" sambil Saji menonjol kepala Semion.

Semion gelak sehingga pukul 5.34 petang secara solo. Habis je gelak, beliau lupa apa yang nak diceritakan lalu pulang ke rumah untuk menunaikan fardhu Asar.

2012/05/28

Mind control


A-Z adalah satu alat berteknologi tinggi. Kecanggihannya mampu memesongkan kepercayaan dan pendirian para-para saintis terhadap ilmu yang dipelajari dan diketahui oleh mereka pada masa ini. Alat ini amat sukar untuk didapati. Hanya mereka yang terpilih mampu mengawal dan memiliki alat ini.

Mereka yang terpilih itu mampu membaca fikiran orang lain dengan A-Z. Aku benar-benar berharap kau masih mempunyai alat ini.

2012/05/15

Kemengandungan 1

Tiba-tiba Ai mengandung. Dia dah mula mengidam benda yang bukan-bukan. Ada sekali tu, dia minta telur platipus. Nasib baik dia bergurau je. Lepas dia tersengih-sengih macam kerang busuk, dia minta satay daging landak. Kebetulan semalamnya atuk Ed baru je jerat landak. Alhamdlillah, memang rezeki orang kata.

Doktor pernah pesan, "Jaga pemakanan. Lagi satu, jangan kena paksa tukar teksi." Part yang paksa-tukar-teksi tu Ed tak berapa nak faham. Nak tanya, tapi macam terkatup pulak mulut. Tak boleh nak tanya. Akhirnya, Ed buat-buat faham je.

Ada sekali tu, Ai pergi window shopping sorang-sorang. Dah dekat sejam lebih baruulah Ai buka phone, text Ed, "Ai dekat mall ni. Cuci-cuci mata. Hihi ;P."

Nasib baiklah Ed ni penyabar orangnya. Bukan setakat penyabar, dia juga seorang yang cool. Dengan cool dia me-reply, "Isshhh suka-suka je pergi sorang. Hati-hati sikit." Haaa kan cool tu.

Tak sampai 1 saat lepas tu, terus dicapai kunci EK B16B Type R kesayangannya itu dan memecut laju ke mall sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku yang terngiang-ngiang dalam kepalanya sejak pagi. 


2012/04/21

Berlari

Neo: *Berlari


Bob: Woi, Neo! Awat laju sangat bergerak?


Neo: Huh, Bob? Bagus juga ni.  Hoi, Bob! Ikut aku cepat! Takde masa dah ni!


Bob: Takde masa? Apa yang sedang berlaku?


Neo: Ikut je lahhh!


Bob: *Berlari mengikut Neo


Setelah hampir 5 minit berlari macam orang gila...


Bob: Mengapa kita berlari ke Kolej Kediaman ni? *sambil tercungap-cungap


Neo: Aku tertinggal assignment. Saja je ajak kau teman. Kahkahkahkah.


Bob: Apa semua ni syaitoooonnn?! Sialan lue...

2012/04/04

Psychic 2

previously on Psychic.

Bob: *Pandang Ayu*

Ayu: *Pandang Bob*

Bob: *Angkat kening sambil buat muka sedang bertanya*

Ayu: *Mengangguk*

Kemudian, Bob mengajak Yun dan Neo pergi Burger King.

Ayu: Eh, Burger King pulak? Kata nak pergi mall?

Bob: Lahh, orang tengah mood nak mengisi perut, dia nak shopping pulak.

Ayu: *muncung sedepa*

Neo: Nak jugakkk korang ni. Kahkahkahkah.

2012/03/23

Aireen hilang tiba-tiba. Aku sedar akan kehilangannya setelah ibuku bertanya di mana dia berada. 


Aireen atau Airin? Tak kisahlah. Tapi nama depan dia AI. Tapi bukan Artificial Intelligence ye.

Siapakah gadis yang hadir di dalam mimpiku tadi? Ahhh tak kisahlah. Hai comel. hihihi.

Music: Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman