2011/11/18

Aku

Peluang memang banyak.
"Sekali lagi peluang, please?"
Aku malu dah nak meminta.
Aku segan.

Ye, aku segan.
Kau berusaha, aku pula?
Tiap kali pun, aku yang memanjangkannya.
From bad to worse.
Aku tak minta ini.
Aku tak minta pun kau pergi.

Makin hari makin rasa diri ini lemah.
The pain is killing me,
but I can't let it be.
So how? What should I do?

Kali ini, dengan seluruh perasaan,
dengan ketenangan ungu dan hijau,
aku ingin memohon maaf.

Weezer - I don't want to let You go

2011/11/01

11111

Pada hari ini, satu haribulan sebelas tahun duaribusebelas, mereka bergembira lagi. Mereka sentiasa berlima, ke mana-mana sahaja. Hatta tidur sekalipun; kalau satu katil je yang ada, maka kelima-limalah tidur atas tu. Tapi tak semualah kan. Takkan berak pun nak dibuat secara berjemaah?

!sdpl, salah seorang daripada mereka. Kira watak utamalah dalam cerita ni. Macamana nak sebut !sdpl? Aku pun tak tahu. Kalau boleh sebut, bagitau aku. Aku pun nak tahu macamana nak sebut nama dia ni.

Mereka pergi ke sebuah pulau pada hari ini dengan menaiki bot. Si !sdpl ni hampir-hampir membahayakan semua nyawa sahabatnya. Nasib baik si Mono perasan.

Hiru: Hoi !sdpl, cepat la naik! Kau ni lambat sungguh la.

!sdpl: Ye lah. Aku lompat ni!

Mono: OOoooppp! Jangan lompat, nanti tenggelam bot ni!

!sdpl: Kenapa pulak?

Mono: Buang dulu henset kau tu. Baru boleh naik.

Kasihan !sdpl. Dia pakai handphone lama, Ericsson Three. Hp tersebut boleh dibuat senjata bagi tujuan melindungi diri ataupun menyakiti perogol bersiri. Contoh paling mudah, kalau dikejar anjing, tak perlu lagi menjerit. Baling je handphone tu ke arah anjing berkenaan. Nescaya, anjing yang digelar Chihuahua mahupun Rottweiler akan menggelupur kesakitan. 

Disebabkan hari ini bulan baru, dengan tahap kesabaran yang tinggi itu, dia pergi beli handphone baru.

Moral di sini, belilah henset baru. Yang lama tu bagilah kat aku.