2012/09/13

Angin


Angin bertiup kencang. Alim ketakutan dengan bunyi angin seperti orang bersiul. Joey pula terpegun dengan keadaan itu. Bukan ketakutan, tapi seronok. Melihat kilat menembak bumi di tengah lautan, angin bertiup kuat.

Tiba-tiba...

Joey: Apa tu Alim?

Alim: *ternganga

Joey: Weyh, mana spek aku? Biar betul? Takkan sampai terbang menatang tu kot?

Alim: *Pandang Joey

Joey: Oh.My.God. I need 5 days MC.

Alim: *tak berkelip

Sampai sekarang takde orang percaya dengan cerita mereka. Mereka yang mendengar pasti akan persoalkan, "Takkan lembu kena tiup angin sampai boleh terbang kot?"

2012/05/31

Lawak

Pada 3 Jamadilakhir tahun lepas,  Semion seperti biasa singgah di warung Pak Leman selepas sembahyang Zohor.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam! Naharomm kau rupanya Semion!" balas Saji.

"Aku ada cerita kelakar ni. Punyalah kelakar sampaikan aku belum cerita aku dah gelak dulu."

"Cerita apa tu?" tanya Moni.

"Ceritanya macam ni. Pak Dul yang duduk kat hujung kampung tuu..."

"Kenapa dengan dia?" tanya Saji pula.

"Hari tu, aku nampak dia naik motor. Lepas tu kann..."

"Lepas tu apa?" sampuk Haji Dolah merangkap sahabat kepada tuan punya warung tempat mereka menenangkan fikiran di situ.

"Lepas tu... kahkahkahkah!" ketawa Semion secara tiba-tiba.

"Lahh gelak pulak. Belum sampai part lawak la dol!" sambil Saji menonjol kepala Semion.

Semion gelak sehingga pukul 5.34 petang secara solo. Habis je gelak, beliau lupa apa yang nak diceritakan lalu pulang ke rumah untuk menunaikan fardhu Asar.