2012/05/15

Kemengandungan 1

Tiba-tiba Ai mengandung. Dia dah mula mengidam benda yang bukan-bukan. Ada sekali tu, dia minta telur platipus. Nasib baik dia bergurau je. Lepas dia tersengih-sengih macam kerang busuk, dia minta satay daging landak. Kebetulan semalamnya atuk Ed baru je jerat landak. Alhamdlillah, memang rezeki orang kata.

Doktor pernah pesan, "Jaga pemakanan. Lagi satu, jangan kena paksa tukar teksi." Part yang paksa-tukar-teksi tu Ed tak berapa nak faham. Nak tanya, tapi macam terkatup pulak mulut. Tak boleh nak tanya. Akhirnya, Ed buat-buat faham je.

Ada sekali tu, Ai pergi window shopping sorang-sorang. Dah dekat sejam lebih baruulah Ai buka phone, text Ed, "Ai dekat mall ni. Cuci-cuci mata. Hihi ;P."

Nasib baiklah Ed ni penyabar orangnya. Bukan setakat penyabar, dia juga seorang yang cool. Dengan cool dia me-reply, "Isshhh suka-suka je pergi sorang. Hati-hati sikit." Haaa kan cool tu.

Tak sampai 1 saat lepas tu, terus dicapai kunci EK B16B Type R kesayangannya itu dan memecut laju ke mall sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku yang terngiang-ngiang dalam kepalanya sejak pagi. 


No comments: