Masuk universiti dengan kos (jurusan) yang aku nak, memang seronok. Aku bersyukur liku-liku kehidupan aku agak mudah. Takde pun sebenarnya dalam planning nak masuk sini. Tau tau je, "Eh, dah besar dah aku" dan "Eh eh, dah masuk unibersiti dah aku." Nasib baik aku tak gayat bila tengok kaki sendiri.
Aku ramai kawan. Aku rasa, kawan-kawan aku senang dengan aku. Aku rasalah, dalam hati siapa tahu kan? Cuma, bila dah masuk U perangai aku macam berubah sikit. Semakin matang dan jiwa agak kacau sikit. Kesan dari matrikulasi agaknya. Mungkin juga akibat daripada penambahan umur yang semakin meningkat. Heh, mana ada orang umur statik je, ye dok? Nampak je aku ni macam kuih bodo-bodo, suka main-main, tak fikir banyak. Tapi dalam otak selalu je fikir. Kadang-kadang tu sampai aku pun tak tau apa yang aku fikirkan.
Lately, lebih suka bersendirian, kadang-kadang emo tak tentu pasal. Period? Mana mungkin. Pangkal rahim pun takde, lagilah pulak rahim. Ye lah, aku banyak betul download game. ada lah 5 hingga 7 game. Kenalah bersendirian dengan laptop ni meluangkan masa bersama game. Emo? Asyik menang je, emo juga main game senang sangat.
Erm, adalah sorang dua, mungkin 4 pernah pernah bagitau, "Ed (bukan nama sebenar), saya suka awak." Walaupun mula-mula malu, tapi cakap juga akhirnya. Tehehe
Ada yang aku suruh (baca: desak/ugut) bagitau since dia berdolak-dalih, bajet aku tak tau yang kau maksudkan tu siapa? muehehe
Tapi itulah, aku lebih suka berkawan. Aku kadang-kadang tak faham kenapa wujud istilah couple? Suka je mesti nak couple. Apa masalahlah kalian ini. Mungkin aku yang tak nak faham maksudnya mengikut pemikiran remaja sekarang. Pada aku, kawan lebih seronok. Takdelah nak jaga hati masing-masing. Nak menge-troll pun tak memikir 3 kali.
Mungkin kawan tino aku akan cakap aku ni suka main DotA (dunia orang takde awek). Yelah, single kan. Betullah tu, memang DotA menghiburkan aku pun. Aku rasa 95% PC gamers memang akan bermain DotA.
Oh, kau tahu sekarang ada map DotA baru? Aku lebih seronok main 'imbalance map'. Ahhh, dah lama tak main DotA.

No comments:
Post a Comment