2011/07/01

Α and Ω: Chapitre 3

Chapitre 1 | Chapitre 2


Kawan baik bukan senang untuk dicari. Bukan macam cari bijih dalam lubang hidung, tapi macam cari pasir dalam tepung. Mau juling mata nak bezakan pasir dengan tepung aku rasa. Silap hari boleh kena sawan babi, mati lemas. Sepatutnya kena ada pepatah 'kerana tepung manusia mati lemas'.


Kalau member buat lepak memang ramai. Masa kita gembira, mereka sentiasa ada dengan kita. Masa susah, ada juga. Cuma kadang-kadang aku nampak diorang ni kecik-besar-kecik-besar je. Cuba kau bilang dengan kesemua jari yang ada, berapa bilangan manusia yang sanggup tolong kau ketika susah?

Masa darjah satu, aku ada kawan rapat. Ad nama dia. Pergi mana-mana mesti berdua. Darjah 2 dia pindah sekolah. Darjah 4 bertemu semula. Manusia berubah. Dia dah tak macam dulu. Lain benar perangainya dengan Ad yang aku kenal masa darjah 1.

Aku bersekolah di banyak tempat. Hampir 5 atau 6 sekolah aku pergi. Memang ramai kawan rapat. Rapat memang rapat, kalau boleh berak pun nak buat secara berjemaah. Itu perumpamaan je. Jangan salah anggap pulak. Tapi itulah, kebanyakannya rapat masa kita tengah senang je. Bukan semua begitu sebenarnya.

Aku memang boleh bergaul dengan semua orang. Mungkin bukan semua tapi rasanya 95% daripada semua tu. Nak menggila, aku pun gila-gila juga. Disebabkan pemikiran aku ni lain sikit agaknya, sebab tu aku lebih suka bersendirian. Indie orang kata. hihi

Sekarang ni dah ada bff susah pulak nak berenggang. Dah macam irama dan lagu. Dah macam lebah dan madu. Dah macam siput dan sedut. Macam belalai dan gajahnya. Err...

Dengan Ai, nak kata tak pernah sakit hati? Tiap hari juga. Cuma takdelah sampai tahap menyakiti bahagian fizikal. Dia je yang selalu buat dekat aku. Perbuatan manja katanya. Disebabkan kesabaran aku agak tinggi, aku bersabar jugalah. Cakap guna kaki kang masing-masing ternganga aku membuat flying kick dengan lompatan setinggi bangunan satu tingkat.

Cuma orang sekeliling tak nampak yang kami ni sakit hati sesama sendiri. Kami gaduh pun kejap je. Tak boleh lama-lama. Nanti jadi tak best. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Tapi kadang-kadang orang disekeliling akan terasa perubahan aura kami yang tiba-tiba tegang. Masing-masing macam faham je.

Gaduh-gaduh pun rapat jugak. Kalau boleh nak ikat tangan biar tak boleh berpisah. hihi

No comments: