2011/06/27

Α and Ω: Chapitre 2

Chapitre 1


Minggu pertama kat mana-mana tempat aku belajar memang membosankan. Lagi-lagi zaman remaja ni, masa matrikulasi, masa universiti. Siapa nak layan benda-benda macam tu? Kau mungkinlah. Bukan aku. Lagi-lagi kalau fasi bajet best je. Aku cakap guna kaki kang marah. Nasib baik tahap kesabaran aku ni tinggi. Lagi tinggi daripada pembaris panjang berukuran 21cm.

Minggu ke-2, bermulalah sesi pembelajaran. Walaupun masih ramai lecturer yang malas nak mengajar, nak tak nak kena paksa diri juga. Eheh, lecturer ke pelajar yang malas sebenarnya? Hari pertama, ada yang terlebih excited pun ada pun. Ada yang muka monyok je pun. Ada yang ngantuk je pun. Ada yang pakai smart je pun.

Aku ingat lagi subjek TITAS masa semester 1. Masa ni lah aku jumpa kawan aku. Maksud aku, best friend atau apa je yang korang nak namakan.  Nak kata pasal persamaan? Ntahlah. Rapat sebab apa aku pun tak tau. Sebab selalu lepak? Kalau selalu lepak tapi tak selesa tak jadi jugak. Mungkin sebab tu, keselesaan. Aku senang berkawan dengan dia and vice versa.

Padahal sejak sekolah lagi aku ni kalau nak bercakap dengan perempuan pun atas dasar sebab-sebab penting je. Tu pun segan-segan. Dah masuk matrik aku cuba kikis sikit-sikit perasaan malu terhadap kaum bukan sejenis yakni perempuan. Susah kalau aku tak buang, nanti susah nak pinjam assignment, susah nak pinjam nota. Kiranya advantage tu banyak la jugak. 

Oh, mari kita namakan bestfriend aku ni Ai. Tak sampai 3 bulan aku kenal Ai, kami dah rapat. Macam member dari sekolah rendah pulak. Kalau lepak sama-sama tu, memang ada lah yang ingat kami ni couple. Tapi kalau budak-budak kos sama dengan kami diorang tau kami ni memang rapat. Dah macam adik-beradik. Macam adik dengan kakak.

Dia banyak kongsi cerita dengan aku. Aku pernah juga bawa dia balik rumah aku, parents aku pun senang dengan dia, dia pun senang dengan parents aku. 

Dayyum, cakap pasal parents. Rindu pulak. Dah lama tak pulang jenguk mereka. Bukan sengaja lagipun. Huuuuu...

No comments: