2011/12/30

Psychic

Neo: *Pandang Yun*

Yun: *Pandang Neo*

Neo: *Angkat kening sambil buat muka sedang bertanya*

Yun: *Mengangguk*

Kemudian, Neo mengajak Ayu dan Bob pergi karaoke bersama.

Bob: Korang ni ada psychic ke boleh baca fikiran orang? -_-"

2011/12/25

Neon berwarna Yun

"Hai!"

"Oh, hai. Excited semacam je?"

"Excited-lah nampak kau." kata Neo sambil ketawa comel.

"Bajet comellah tu?" kata Yun sambil tergelak kecil.

Yun memang comel. Gadis bertudung labuh dan sering berbaju kurung ke kuliah. Penampilannya itu tidak menghalangnya untuk berbual dengan lelaki sama seperti dia berbual dengan rakan perempuannya.

"Yun, makan jom? Lama sangat kita cuti. Lama tak lepak sama-sama."

"Jap jap. Tunggu Ayu dengan Bob. Kejap lagi kelas diorang habis lah tu. Diorang kata nak makan kat luar."

Petang itu, mereka berseronok di KFC sehingga jam 5.43.

2011/12/01

aku. cinta.

Sejak kecil, aku sering menyiksa mental aku. Menahan diri daripada fall in love; aku pupuk diri sebegitu ntah sejak dari bila. Aku sendiri pun tak perasan. Tapi ternyata memang sakit, pedih. Jikalau aku jatuh cinta pada usia yang tidak sepatutnya, aku mungkin hanya akan menyiksa diri. Itu apa yang aku nampak. Aku bercakap tentang  jatuh cinta terhadap kaum bukan sejenis, bukan cinta yang suka-suka ataupun crush yang random. Aku pernah crush kat orang, banyak kali. Serius banyak. Alhamdulillah aku boleh handle those feelings.

Pada aku, jatuh cinta merupakan perkara serius yang amat. Seriusnya sama seperti Michael Schumacher sedang berlumba, Tiger Wood sedang bermain golf, lelaki bermain DotA, engkau mencari tandas sebab sakit perut dan sama seriusnya seperti peminat bola Malaysia menonton perlawanan live, Malaysia vs Indonesia; walaupun menang penalti. Itu semua memang serius.

Kalau aku mempunyai pasangan yang tiada ikatan, saling menyukai dan mencintai, aku takut juga sebenarnya. Ikutkan hati memang mahu. Aku takut tak dapat kawal nafsu; nafsu ni ada banyak jenis. Ini, memang pernah terjadi. Nafsu memang bahaya. Silap sikit membawa padah. Dalam sejarah pun pernah berlaku di mana lelaki yang amat hebat dijatuhkan oleh kaum hawa.

Aku? Heh, ntah tang mana hebatnya. Iman pun tak kukuh, solat lengah-lengah. Lagilahh senang je nak dijatuhkan.

Disebabkan beberapa sebab yang aku rasa munasabah, entah sejak bila aku dah bertekad untuk sambung jatuh cinta terhadap isteri aku yang sah, bukan bakal isteri yang belum jadi isteri.

Therefore, aku sedang berhipokrit menjadi seorang yang feelingless. Maaf, aku rasa itu satu keperluan bagi aku.

2011/11/18

Aku

Peluang memang banyak.
"Sekali lagi peluang, please?"
Aku malu dah nak meminta.
Aku segan.

Ye, aku segan.
Kau berusaha, aku pula?
Tiap kali pun, aku yang memanjangkannya.
From bad to worse.
Aku tak minta ini.
Aku tak minta pun kau pergi.

Makin hari makin rasa diri ini lemah.
The pain is killing me,
but I can't let it be.
So how? What should I do?

Kali ini, dengan seluruh perasaan,
dengan ketenangan ungu dan hijau,
aku ingin memohon maaf.

Weezer - I don't want to let You go

2011/11/01

11111

Pada hari ini, satu haribulan sebelas tahun duaribusebelas, mereka bergembira lagi. Mereka sentiasa berlima, ke mana-mana sahaja. Hatta tidur sekalipun; kalau satu katil je yang ada, maka kelima-limalah tidur atas tu. Tapi tak semualah kan. Takkan berak pun nak dibuat secara berjemaah?

!sdpl, salah seorang daripada mereka. Kira watak utamalah dalam cerita ni. Macamana nak sebut !sdpl? Aku pun tak tahu. Kalau boleh sebut, bagitau aku. Aku pun nak tahu macamana nak sebut nama dia ni.

Mereka pergi ke sebuah pulau pada hari ini dengan menaiki bot. Si !sdpl ni hampir-hampir membahayakan semua nyawa sahabatnya. Nasib baik si Mono perasan.

Hiru: Hoi !sdpl, cepat la naik! Kau ni lambat sungguh la.

!sdpl: Ye lah. Aku lompat ni!

Mono: OOoooppp! Jangan lompat, nanti tenggelam bot ni!

!sdpl: Kenapa pulak?

Mono: Buang dulu henset kau tu. Baru boleh naik.

Kasihan !sdpl. Dia pakai handphone lama, Ericsson Three. Hp tersebut boleh dibuat senjata bagi tujuan melindungi diri ataupun menyakiti perogol bersiri. Contoh paling mudah, kalau dikejar anjing, tak perlu lagi menjerit. Baling je handphone tu ke arah anjing berkenaan. Nescaya, anjing yang digelar Chihuahua mahupun Rottweiler akan menggelupur kesakitan. 

Disebabkan hari ini bulan baru, dengan tahap kesabaran yang tinggi itu, dia pergi beli handphone baru.

Moral di sini, belilah henset baru. Yang lama tu bagilah kat aku.

2011/10/03

2011/09/24

Α and Ω: Slip and slide

Kadang-kadang perkara bodoh pun boleh menjadi sebab untuk bergaduh. Tak kisahlah antara kawan, teman, sahabat, adik-beradik atau binatang peliharaan. Kadang-kadang hanya sebelah pihak yang macam melebih-lebih kerana mungkin dia rasa benda tu serius, padahal sebelah lagi pihak tahu apa yang dia lakukan.

Aku terasa sikit je dengan certain ayat yang aku baca. Entahlah kenapa sejak-sejak ni aku makin sensitif. Nak kata period, tak jugak. Kena guna sensodyne agaknya. Mungkin kalau perempuan tengah marah, baik jangan tegur. Things will get worse.

Mungkin salah aku juga. Aku salah cara baca. Aku baca dengan nada yang tak betul. Ye lah, aku mana tau nada orang yang bagi mesej tu macam mana. Bukan kat mesej tu ada suara.

Berikan aku sedikit masa. Aku bukan perlukan masa untuk 'berehat' ataupun 'berfikir'. Aku nak tenangkan fikiran.

This is a nightmare, isn't it?

with My Heart by Paramore.

2011/09/16

Α and Ω: twinkle, twinkle

Aku masih tertanya-tanya, kenapa kau yang aku pilih untuk jadi partner-seumur-hidup aku.

Disebabkan keserasian? Itu sebab pertama aku rasa. Dan aku tak rasa kau puas hati dengan jawapan tu.
Sebab lain? Maaf, aku tak dapat fikirkannya.

Well, tak semua perkara yang berlaku kita kena tahu sebabnya kan?

2011/07/09

BERSIH udang 2.0

Malam tenang, bulan cerah tetapi bintang tidak kelihatan. Jerebu semakin menebal barangkali. Di malam yang tenang ini juga kerja tidak banyak. Hari ini aku cuti disebabkan perhimpunan yang konon-konon haram itu dikatakan menyebabkan kacau bilau. Bersih 2.0, tapi kacau bilau. Kalau dinamakan Kotor 2.0, baru tak kacau bilau agaknya. Baru kerajaan tak takut barangkali.

Hari tu, aku pergi makan di kedai makan biasa. Orang kampung panggil cafe. Aku order seperti biasa. Tapi kelewatannya kali ini sungguh luar biasa. Disebabkan aku ni memang penyabar, aku sabar je lah. Tengok-tengok, dia dah nak tutup kedai. Aku macam, "Apa yang sedang berlaku?"

Aku masa tu dengan perut kosongnya hangin lah jugak. Rasa nak bagi pelempang Siam pun ada. Nasib baik aku orang Jawa. Tak tau nak bagi apa. Dengan tahap kesabaran yang tinggi, diriku pun bertanya, "Kak, makanan saya mana?" Boleh dia lupa pasal aku? Tau lah aku ni tak kacak mana. Tapi agak-agaklah nak lupa pelanggan. Aku order benda halal kot.

Esoknya, dengan kenangan pahit pasal order-makanan-tak-sampai aku lupakan, aku pergi mengail. Ngail makhluk banyak kaki. Kalau saiz makhluk tu sama besar dengan aku, aku pasti actionkamen akan datang membantu. Tapi makhluk tu kecik je. Manusia panggil binatang ni udang. Tak perlu panggil actionkamen, aku boleh setel sorang.

Ternyata kebongkakan aku pada malam itu dibau oleh sang udang. Udang buat main je dengan umpan cacing aku. Aku sebenarnya lebih tertumpu kepada langit. Dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Terpaku aku. Disebabkan sakit tengkuk aku asyik mendongak tengok bintang, aku pandang je lah sungai sambil memanggil-manggil ikan dan udang.

Moral cerita di sini, jangan mancing udang kalau sakit hati sebab semalam lapar tak dapat makan. Terima kasih.

2011/07/01

Reading error

Now I wonder, what should I write on chapter 4. Suggestion anyone?

Macam orang baca je kan. duhhh

Α and Ω: Chapitre 3

Chapitre 1 | Chapitre 2


Kawan baik bukan senang untuk dicari. Bukan macam cari bijih dalam lubang hidung, tapi macam cari pasir dalam tepung. Mau juling mata nak bezakan pasir dengan tepung aku rasa. Silap hari boleh kena sawan babi, mati lemas. Sepatutnya kena ada pepatah 'kerana tepung manusia mati lemas'.


Kalau member buat lepak memang ramai. Masa kita gembira, mereka sentiasa ada dengan kita. Masa susah, ada juga. Cuma kadang-kadang aku nampak diorang ni kecik-besar-kecik-besar je. Cuba kau bilang dengan kesemua jari yang ada, berapa bilangan manusia yang sanggup tolong kau ketika susah?

Masa darjah satu, aku ada kawan rapat. Ad nama dia. Pergi mana-mana mesti berdua. Darjah 2 dia pindah sekolah. Darjah 4 bertemu semula. Manusia berubah. Dia dah tak macam dulu. Lain benar perangainya dengan Ad yang aku kenal masa darjah 1.

Aku bersekolah di banyak tempat. Hampir 5 atau 6 sekolah aku pergi. Memang ramai kawan rapat. Rapat memang rapat, kalau boleh berak pun nak buat secara berjemaah. Itu perumpamaan je. Jangan salah anggap pulak. Tapi itulah, kebanyakannya rapat masa kita tengah senang je. Bukan semua begitu sebenarnya.

Aku memang boleh bergaul dengan semua orang. Mungkin bukan semua tapi rasanya 95% daripada semua tu. Nak menggila, aku pun gila-gila juga. Disebabkan pemikiran aku ni lain sikit agaknya, sebab tu aku lebih suka bersendirian. Indie orang kata. hihi

Sekarang ni dah ada bff susah pulak nak berenggang. Dah macam irama dan lagu. Dah macam lebah dan madu. Dah macam siput dan sedut. Macam belalai dan gajahnya. Err...

Dengan Ai, nak kata tak pernah sakit hati? Tiap hari juga. Cuma takdelah sampai tahap menyakiti bahagian fizikal. Dia je yang selalu buat dekat aku. Perbuatan manja katanya. Disebabkan kesabaran aku agak tinggi, aku bersabar jugalah. Cakap guna kaki kang masing-masing ternganga aku membuat flying kick dengan lompatan setinggi bangunan satu tingkat.

Cuma orang sekeliling tak nampak yang kami ni sakit hati sesama sendiri. Kami gaduh pun kejap je. Tak boleh lama-lama. Nanti jadi tak best. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Tapi kadang-kadang orang disekeliling akan terasa perubahan aura kami yang tiba-tiba tegang. Masing-masing macam faham je.

Gaduh-gaduh pun rapat jugak. Kalau boleh nak ikat tangan biar tak boleh berpisah. hihi

2011/06/27

Α and Ω: Chapitre 2

Chapitre 1


Minggu pertama kat mana-mana tempat aku belajar memang membosankan. Lagi-lagi zaman remaja ni, masa matrikulasi, masa universiti. Siapa nak layan benda-benda macam tu? Kau mungkinlah. Bukan aku. Lagi-lagi kalau fasi bajet best je. Aku cakap guna kaki kang marah. Nasib baik tahap kesabaran aku ni tinggi. Lagi tinggi daripada pembaris panjang berukuran 21cm.

Minggu ke-2, bermulalah sesi pembelajaran. Walaupun masih ramai lecturer yang malas nak mengajar, nak tak nak kena paksa diri juga. Eheh, lecturer ke pelajar yang malas sebenarnya? Hari pertama, ada yang terlebih excited pun ada pun. Ada yang muka monyok je pun. Ada yang ngantuk je pun. Ada yang pakai smart je pun.

Aku ingat lagi subjek TITAS masa semester 1. Masa ni lah aku jumpa kawan aku. Maksud aku, best friend atau apa je yang korang nak namakan.  Nak kata pasal persamaan? Ntahlah. Rapat sebab apa aku pun tak tau. Sebab selalu lepak? Kalau selalu lepak tapi tak selesa tak jadi jugak. Mungkin sebab tu, keselesaan. Aku senang berkawan dengan dia and vice versa.

Padahal sejak sekolah lagi aku ni kalau nak bercakap dengan perempuan pun atas dasar sebab-sebab penting je. Tu pun segan-segan. Dah masuk matrik aku cuba kikis sikit-sikit perasaan malu terhadap kaum bukan sejenis yakni perempuan. Susah kalau aku tak buang, nanti susah nak pinjam assignment, susah nak pinjam nota. Kiranya advantage tu banyak la jugak. 

Oh, mari kita namakan bestfriend aku ni Ai. Tak sampai 3 bulan aku kenal Ai, kami dah rapat. Macam member dari sekolah rendah pulak. Kalau lepak sama-sama tu, memang ada lah yang ingat kami ni couple. Tapi kalau budak-budak kos sama dengan kami diorang tau kami ni memang rapat. Dah macam adik-beradik. Macam adik dengan kakak.

Dia banyak kongsi cerita dengan aku. Aku pernah juga bawa dia balik rumah aku, parents aku pun senang dengan dia, dia pun senang dengan parents aku. 

Dayyum, cakap pasal parents. Rindu pulak. Dah lama tak pulang jenguk mereka. Bukan sengaja lagipun. Huuuuu...

Α and Ω: Chapitre 1

Masuk universiti dengan kos (jurusan) yang aku nak, memang seronok. Aku bersyukur liku-liku kehidupan aku agak mudah. Takde pun sebenarnya dalam planning nak masuk sini. Tau tau je, "Eh, dah besar dah aku" dan "Eh eh, dah masuk unibersiti dah aku." Nasib baik aku tak gayat bila tengok kaki sendiri.

Aku ramai kawan. Aku rasa, kawan-kawan aku senang dengan aku. Aku rasalah, dalam hati siapa tahu kan? Cuma, bila dah masuk U perangai aku macam berubah sikit. Semakin matang dan jiwa agak kacau sikit. Kesan dari matrikulasi agaknya. Mungkin juga akibat daripada penambahan umur yang semakin meningkat. Heh, mana ada orang umur statik je, ye dok? Nampak je aku ni macam kuih bodo-bodo, suka main-main, tak fikir banyak. Tapi dalam otak selalu je fikir. Kadang-kadang tu sampai aku pun tak tau apa yang aku fikirkan.

Lately, lebih suka bersendirian, kadang-kadang emo tak tentu pasal. Period? Mana mungkin. Pangkal rahim pun takde, lagilah pulak rahim. Ye lah, aku banyak betul download game. ada lah 5 hingga 7 game. Kenalah bersendirian dengan laptop ni meluangkan masa bersama game. Emo? Asyik menang je, emo juga main game senang sangat.

Erm, adalah sorang dua, mungkin 4 pernah pernah bagitau, "Ed (bukan nama sebenar), saya suka awak." Walaupun mula-mula malu, tapi cakap juga akhirnya. Tehehe

Ada yang aku suruh (baca: desak/ugut) bagitau since dia berdolak-dalih, bajet aku tak tau yang kau maksudkan tu siapa? muehehe

Tapi itulah, aku lebih suka berkawan. Aku kadang-kadang tak faham kenapa wujud istilah couple? Suka je mesti nak couple. Apa masalahlah kalian ini. Mungkin aku yang tak nak faham maksudnya mengikut pemikiran remaja sekarang. Pada aku, kawan lebih seronok. Takdelah nak jaga hati masing-masing. Nak menge-troll pun tak memikir 3 kali.

Mungkin kawan tino aku akan cakap aku ni suka main DotA (dunia orang takde awek). Yelah, single kan. Betullah tu, memang DotA menghiburkan aku pun. Aku rasa 95% PC gamers memang akan bermain DotA.

Oh, kau tahu sekarang ada map DotA baru? Aku lebih seronok main 'imbalance map'. Ahhh, dah lama tak main DotA.

"It's not what I believe... it's what I know."

Assalamualaikum. 
Hai!












































Ok bai.